SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MRSM

Dalam era perkembangan teknologi masa kini, sektor pendidikan telah mewujudkan pelbagai sistem untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan ibu bapa. Satu daripadanya ialah sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online. Bagi pelajar yang ingin menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), anda boleh menyemak keputusan peperiksaan secara atas talian menggunakan aplikasi e-Semakan Keputusan Peperiksaan.

Sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan ini telah mempermudah pelajar untuk mendapatkan keputusan ujian dan peperiksaan MRSM setiap semester secara atas talian. Dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau komputer yang mempunyai akses internet, pelajar kini dapat dengan mudah membuat semakan di mana sahaja mereka berada.

Di sini kami akan kongsikan bagaimana cara atau langkah-langkah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan MRSM.

CARA SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MRSM

Untuk membuat semakan menggunakan sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web e-Semakan Keputusan di http://www.mrsmserting.com/e-keputusan/
  2. Login pengguna dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nombor Maktab : NT150001 (no maktab)
    • Kata Laluan : 900105085225 (no kp)
  3. Kemudian, klik pada login
  4. Lihat pada paparan Dashboard untuk melihat markah setiap pelajaran pada tahun tertentu

Fakta Menarik MRSM

Di bawah ini adalah beberapa fakta menarik mengenai MRSM yang dapat kami kongsikan:

  • Sehingga sekarang terdapat 54 buah MRSM di serata Malaysia
  • Terdapat 47 buah MRSM di Semenanjung Malaysia dan tujuh buah di Malaysia Timur
  • Terdapat 50 buah MRSM yang mengambil pelajar Tahfiz Tingkatan 1 hingga 5 dan empat MRSM yang mengambil pelajar
  • Bermula tahun 2015, tiada lagi MRSM yang mempunyai Tingkatan 1 hingga 3 sahaja disebabkan oleh pengambilan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di semua MRSM tersebut
  • Antara MRSM yang pernah membuka intake untuk murid tahap menengah rendah sahaja adalah MRSM Gerik, MRSM Pasir Tumboh dan MRSM Kuala Klawang

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat membantu anda membuat semakan keputusan peperiksaan MRSM dengan mudah dan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment