Semakan Kemasukan UPSI 2023

Untuk anda yang telah memohon UPSI sebelum ini, semakan permohonan telah dibuka untuk sesi akademik 2023 pada bulan November dan Februari. Dan untuk pengetahuan anda semua, permohonon dibuka secara online.

Terdapat banyak permohonan yang telah dihantar. tapi adakah permohonan anda berjaya diterima atau tidak untuk masuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Semakan UPSI 2023 Online SPM/STPM

Disini kami ingin kongsikan dengan anda tarikh penting yang boleh menjadi panduan dan rujukan anda untuk membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris secara online, sama ada anda merupakan lepasan SPM atau lepasan STPM setaraf.

Apa sahaja maklumat yang diperlukan seperti tarikh penting untuk semakan keputusan, langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan sekiranya permohonan anda sebelumnya gagal dan tarikh pendaftaran untuk sarjana muda pendidikan atau sarjana muda bukan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, boleh didapati melalui pautan yang disediakan. Anda boleh membuat semakan melalui pautan tersebut https://www.upsi.edu.my/online/.

Dibawah ini adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui.

Semakan keputusan UPSI 2023

Semakan Temuduga Upsi 2023

Untuk membuat semakan temuduga UPSI, anda boleh klik pada pautan https://www.upsi.edu.my/online/

Syarat Kemasukan UPSI 2023

Antara syarat kemasukan UPSI adalah seperti berikut:

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai. DAN

2. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU

3. Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan Gred C (NGMP 2.50) bagi peringkat Asasi TESL/ Undang-Undang; ATAU

4. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU

5. Memilik Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; DAN

6. Memiliki Sijil Malaysia University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Dua (2) / Band (2)

Leave a Comment