Mesti ada dikalangan kita yang pernah berada dalam situasi di mana kita sangat ingin mengetahui siapa pemilik sebuah kenderaan. Kini, pemilik kenderaan boleh disemak hanya dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.
Ada beberapa kemungkinan mengapa kita perlu memeriksa pemilik kenderaan melalui nombor plat. Contohnya, apabila berlaku kemalangan yang melibatkan langgar lari, pastinya kita akan merasa tidak puas hati. Oleh itu, dengan hanya nombor plat tersebut kita dapat menyemak siapa pemilik kenderaan kerana mungkin itulah satu-satunya maklumat yang kita miliki.
Semakan boleh dilakukan melalui laman web MYEG dan MyCarInfo.
Tujuan Semakan Maklumat Kenderaan
Berikut adalah situasi di mana maklumat tentang kenderaan tertentu diperlukan dengan segera. Contohnya adalah :
- Bagi tujuan pemeriksaan laporan kecurian.
- Kenderaan yang dikategorikan sebagai “total loss”.
- Semak % NCD kenderaan.
- Semakan terhadap harga semasa kenderaan.
- Bagi tujuan mendapatkan “cover note” insurans.
Semak Pemilik Kenderaan Online MYEG
Dalam melakukan semakan menggunakan laman web MYEG, anda memerlukan nombor Pendaftaran kenderaan yang ingin disemak. Kemudian, langkah-langkah berikut boleh diambil:
- Buka laman web MYEG
- Sila masukkan username dan password, Jika anda belum mempunyai akaun MYEG, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Selepas log masuk, pilih menu PDRM > Summons Service > Enquiry
- Kemudian, pilih kenderaan Malaysia/Non Malaysia
- Sila masukkan nombor plat kenderaan yang ingin anda semak
- Sila masukkan kod sekuriti yang terpapar dan Klik pada butang Check Summons
- Maklumat berkaitan kenderaan yang anda semak akan dipaparkan
Semak Pemilik Kenderaan Online MyCarInfo
Berikut adalah cara semakan pemilik kenderaan melalui MyCarInfo.
- Sila layari laman web MyCarlnfo
- Isi username dan password diruangan yang disediakan
- Selepas log masuk, Klik pada Services > i-Search.
- Anda akan melihat beberapa jenis pelan yang perlu dipilih.
- Klik pada pelan Comprehensive
- Anda akan masuk ke halaman pelan pembayaran dan klik pada Select 1 Credit (RM6)
- Seterunsya, buat pembayaran melalui FPX.
- Kemudian, sila lengkapkan maklumat berikut:
- Vehicle Reg. No – nombor kenderaan
- Name
- Confirm Email
- Setelah itu, Tick terms & Conditions dan Klik butang Enquire
- Maklumat lengkap tentang kenderaan berdasarkan nombor pendaftaran yang anda masukkan akan dihantar ke alamat email anda.