Berita baik kepada anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan. Permohonan untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan cuti bergaji penuh telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda disarankan agar membuat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup yang akan diumumkan.
Apa Itu HLP
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) adalah satu program yang memberi galakan kepada penjawat awam untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedokteran. Program ini bertujuan untuk mendorong mereka yang berminat dalam mengejar pendidikan tinggi.
Ia merupakan tajaan biasiswa khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih bekerja. Yang menariknya, anda berpeluang memohon cuti belajar sambil menerima gaji penuh.
Tarikh Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan temuduga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB), dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ambilan tahun 2023 kini boleh disemak mulai 9 Jun 2023 (Jumaat), jam 3:00 petang.
Cara Semakan Keputusan Temuduga HLP
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan temudaga HLP yang boleh anda jadikan panduan dan rujukan.
- Layari laman web di https://epenawaran.moe.gov.my
- Kemudian, klik pada semakan keputusan temu duga HLP, CBBP TB dan HLPS PPP KPM ambilan tahun 2023
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan
- Setelah itu, klik pada butang semakan
- Keputusan temuduga HLP HLPS PPP KPM tahun 2023 akan dipaparkan
- Selesai
Program Penajaan KPM
Berikut adalah beberapa Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun:
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
- Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
- Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
- Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2023, anda boleh hubungi atau rujuk urusetia berikut. Semoga dapat membantu
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151