Kementerian Kewangan telah memaklumkan mengenai pembayaran GKP 3.0.
Pembayaran GKP 3.0 akan mula diberikan kepada penerima bermula 10 Jun 2021.
Anda disarankan untuk membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) anda terlebih dahulu.
Semakan Status GKP 3.0 Online
Semakan ini boleh dibuat secara online dengan melayari https://gkp.hasil.gov.my
Permohonan yang bertatus “LULUS” sahaja akan menerima pembayaran pada 10 Jun 2021 ini.
Seramai 1 Juta perusahaan mikro akan menerima bayaran ini.
Jumlah bayaran adalah sebanyak RM1000.
Manakala baki sebanyak RM500 di bawah program PEMERKASA PLUS akan diagihkan pada hujung bulan Julai 2021.
Tiada rayuan bagi GKP 3.0 dibuka setakat ini.
Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0?
10 Jun 2021.
Berapakah jumlah pembayaran?
RM1000