Semakan Gelaran Dato

Terdapat banyak aktiviti penipuan dan pemalsuan dilaporkan pada masa kini, dan salah satunya adalah pemalsuan gelaran palsu seperti Datuk/Dato’. Kebimbangan mula timbul apabila gelaran atau darjah kebesaran ini dijual secara tidak sah. Biasanya, penyebaran pemalsuan ini berlaku melalui Facebook, WhatsApp, dan e-dagang. Oleh itu, kami akan kongsikan cara mudah untuk anda membuat semakan terhadap penerima darjah kebesaran.

Apa Itu Darjah Kebesaran ?

Penerimaan darjah kebesaran merupakan anugerah yang diberikan kepada pemimpin, tokoh, atau rakyat Malaysia yang telah berjasa dan berbakti kepada negara. Anugerah ini dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa sambutan hari ulangtahun keputeraan Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan di negeri masing-masing.

Cara Semak Darjah Kebesaran, Pingat & Anugerah

Jika anda ragu dengan gelaran yang dimiliki oleh seseroang individu, semakan boleh dilakukan dengan cara berikut:

  1. Layari laman web yang disediakan di https://www.istiadat.gov.my/
  2. Dalam paparan utama, scroll ke bawah dan klik – Perkhidmatan Online
  3. Kemudian, tekan pada butang carian
  4. Sila pilih tapisan sama ada mengikut Negeri, Anugerah atau Tahun
  5. Setelah itu, klik pada ENTER
  6. Keputusan carian dan semakan darjah kebesaran akan dipaparkan kepada anda
Semakan Gelaran Dato

NOTA : Semakan ini adalah bagi semakan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBPN) dan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) pula, hanya penerima yang membawa gelaran sahaja akan dimuat naik ke dalam kemudahan semakan ini. Maklumat tersebut adalah sebagaimana yang terdapat dalam warta dan senarai penerima DKBPN dan DKBPWP yang dibekalkan kepada Jabatan ini oleh setiap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat lanjut berhubung senarai penerima DKBPN dan DKBPWP, orang awam adalah dinasihatkan untuk merujuk terus dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan berdasarkan Darjah Kebesaran yang berkaitan.

Semoga dengan perkongsian ini anda dapat membuat semakan dengan mudah terhadap penerima darjah kebesaran. Semoga dapat membantu.

Leave a Comment