Semakan eKasih 2023

Sistem eKasih merupakan sebuah pangkalan data nasional yang dibuat untuk membantu perencanaan, pelaksanaan, dan pemantauan program-program kemiskinan bagi keluarga miskin. Penerima bantuan sering kali dikaitkan dengan eKasih.

Secara ringkasnya, bantuan yang diberikan melalui eKasih ditujukan untuk keluarga miskin yang memang memenuhi syarat sebagai miskin tegar.

Jadi anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana sistem eKasih ini berfungsi, syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan, dan bagaimana cara untuk semak status dan mendaftar di dalam sistem tersebut.

APA ITU eKASIH ?

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mempunyai maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima

 Antara ciri-ciri utama eKasih :

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Syarat Kelayakan eKasih

Seseorang yang ingin memohon bantuan eKasih 2023, anda perlu tahu syarat kelayakan untuk memohon eKasih terlebih dahulu.

Untuk makluman anda, golongan yang layak untuk memohon eKasih adalah golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Antara syarat-syarat kelayakan lain adalah seperti berikut :

  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Warganegara.
  • Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri
Semakan eKasih 2023

CARA SEMAK STATUS eKASIH 2023

Ada 2 cara yang dapat anda gunakan untuk membuat semakan status eKasih iaitu :

  1. Secara Online
  2. Secara Manual
    • Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) yang terdekat dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Terdapat juga 4 status daftar yang boleh anda semak iaitu :

  1. Disahkan – Telah dibanci
  2. Disemak – Dalam proses banci
  3. Ditolak – Tidak layak dibanci
  4. Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru

Leave a Comment