Semakan Cukai Tanah Perak : Cara Semak Dan Bayar

Proses Semakan Cukai Tanah adalah penting bagi pemilik hartanah di negeri Perak. Cukai tanah dikenakan kepada pemilik hartanah sebagai satu bentuk cukai yang penting untuk memastikan bahawa pemilik hartanah memenuhi tanggungjawab kewangan mereka dengan baik.

Saat ini, pemilik hartanah di Perak boleh melakukan semakan cukai tanah dan membuat pembayaran melalui sistem online yang disediakan oleh pentadbir tanah negeri Perak.

Bagi anda yang ingin tahu bagaimana cara untuk membuat semakan cukai tanah dan membuat pembayaran secara online. Di sini kami akan kongsikan cara mudah untuk anda.

Daftar Akaun Pengguna

Untuk membuat semakan dan pembayaran cukai tanah dalam sistem ini, anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar:

  1. Layari laman web di https://ptg.perak.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada “daftar di sini”
  3. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk mula mendaftar
  4. Setelah anda selesai mendaftar, anda kini boleh menggunakan sistem online untuk semakan dan pembayaran cukai tanah negeri Perak
Semakan cukai tanah perak

Semakan Cukai Tanah Perak

Setelah akaun anda selesai didaftarkan, anda boleh memulakan proses semakan cukai tanah untuk hartanah milik anda di negeri Perak.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk membuat semakan.

  1. Buka pautan di https://ptg.perak.gov.my/
  2. Sila masukkan ID Pengguna dan Kata laluan dan seterusnya klik pada “Log Masuk”
  3. Kemudian, pilih bahagian “cukai tanah”
  4. Anda akan melihat paparan hasil carian cukai tanah tersebut
  5. Carian dan semakan cukai tanah boleh dilakukan melalui ID Hakmilik tanah, Nombor akaun dan ID Hakmilik Strata.
  6. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  7. Selepas itu, tekan butang “Cari”
  8. Setelah butang Cari ditekan, hasil Maklumat Hakmilik Hartanah akan dipaparkan termasuk bayaran cukai tanah yang belum dijelaskan jika ada.
Semakan cukai tanah perak

Bayaran Cukai Tanah Perak

Setelah maklumat hartanah dan jumlah cukai tanah ditunjukkan, bayaran boleh dibuat secara terus di situ.

Cara-cara untuk membuat bayaran adalah seperti berikut:

  1. Di bahagian bawah paparan Maklumat Hakmilik Hartanah, terdapat butang “Bayar” dan klik butang “Bayar” tersebut
  2. Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan berikutnya di mana anda boleh membuat pembayaran secara online.
  3. Pilih jenis bank yang anda ingin gunakan
  4. Tekan pada “Proceed”
  5. Sila masukkan username dan password akaun bank online anda
  6. Lengkapkan bayaran kemudian klik pada Continue With Transaction
  7. Selesai dan transaksi berjaya dibuat
  8. Resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan dan resit tersebut boleh dimuat turun atau dicetak untuk disimpan dan dijadikan rujukan anda.
  9. Selesai

Leave a Comment