Cukai tanah juga dikenali sebagai quit rent adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian. Di Malaysia, pemilik hartanah dikehendaki membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri di mana hartanah itu terletak.
Saat ini, satu inisiatif baru telah diperkenalkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan untuk membolehkan pembayaran cukai tanah dilakukan secara dalam talian. Dengan sistem dan teknologi moden ini, anda boleh membuat semakan cukai tanah Negeri Sembilan dan membuat pembayaran tanpa perlu pergi ke pejabat tanah.
Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan
Jika anda berada di Negeri Sembilan atau memiliki hartanah di negeri ini, anda boleh membuat semakan dan pembayaran cukai tanah secara serentak melalui portal online e-ptgns.
Langkah-langkah berikut dapat diikuti untuk melakukan semakan cukai tanah:
- Layari portal rasmi https://e.ptgns.ns.gov.my/
- Anda memiliki dua pilihan kaedah semakan iaitu melalui No. Akaun/No. Hakmilik atau melalui Perincian (cukai tanah, cukai petak/strata atau lot)
- Untuk membuat semakan cukai tanah melalui Nombor Akaun, anda perlu memasukkan nombor akaun dan klik butang cari
- Manakala, semakan melalui perincian anda perlu masukkan jenis perincian pilihan anda (Contoh : Cukai Tanah)
- Anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan seperti Dropdown Daerah, Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik, dan Nombor Hakmilik yang akan dipaparkan. Setelah itu, tekan butang Cari.
- Sistem akan memaparkan maklumat terperinci mengenai carian hak milik hartanah anda dan jumlah cukai tanah semasa yang perlu dibayar
Bayar Cukai Tanah Negeri Sembilan Online
Setelah anda selesai melakukan carian dan semakan cukai tanah, tiba saatnya bagi anda untuk membuat pembayaran cukai tanah di Negeri Sembilan.
- Di bahagian maklumat carian yang ditunjukkan tadi, klik pada butang “Tambah ke Bakul”
- Sistem akan mengumumkan bahawa hakmilik anda telah berjaya ditambah ke dalam bakul untuk bayaran.
- Seterusnya klik pada icon trolley pada bahagian atas
- Selepas itu, klik pada butang “Teruskan Kepada Pembayaran”
- Cara bayaran akan ditunjukkan. Masukkan maklumat yang diperlukan:
- Pilih akaun bank
- Nama anda
- Alamat email anda
- Kemudian, klik pada butang “Bayar”, dan sistem akan mengarahkan anda ke laman perbankan dalam talian.
- Setelah pembayaran selesai, klik pada “Return To Merchant Page”
- Klik pada butang Click Here to Complete Your Transaction
- Setelah pembayaran selesai dilakukan, resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan
- Muat turun dan cetak resit pembayaran untuk rujukan anda