Semakan CIDB (Status Permohonan Kad Hijau)

Apa Itu Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada individu yang terlibat dalam industri pembinaan sebagai kad pengenalan rasmi. Untuk mereka yang sering berada di tapak binaan mesti tahu kad hijau CIDB ini.

Kad hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan dan tidak boleh dipindah milik, dipegang atau disimpan oleh individu lain selain daripada yang dinamakan dalam kad tersebut.

Selain memberikan sedikit latar belakang mengenai pekerja binaan. Melalui kad ini juga, dapat membuktikan bahawa seorang individu itu mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang pembinaan, serta telah disahkan oleh CIDB selepas berjaya lulus ujian dan mendapat sijil pengiktirafan. Dengan kata lain, Kad Hijau CIDB merupakan satu dokumen penting yang menunjukkan bahawa pekerja telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIDB dalam bidang pembinaan.

Kategori tahap kemahiran Pemegang Kad Hijau CIDB ditentukan berdasarkan kemahiran yang dimiliki, iaitu Kemahiran Asas (G1-G4), Kemahiran Lanjutan (S1-S5), dan Kemahiran Pakar (P1-P4). Penentuan tahap kemahiran ini bergantung kepada pendidikan formal, pengalaman kerja, dan latihan kejuruteraan yang telah diikuti oleh individu tersebut.

Di bawah ini adalah contoh kad hijau CIDB

Cara Daftar Dan Semak Status Permohonan

Syarat untuk mendaftar

  • Untuk mendaftar sebagai personel binaan di Semenanjung Malaysia, had umur yang dibenarkan adalah 18 tahun dan ke atas. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak, dan Pelatih Binaan, had umur yang dibenarkan adalah 16 tahun ke atas.
  • Pemohon bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
  • Pemohon dikehendaki menghadiri kursus Induksi Keselamatan atau kursus lain yang diiktiraf oleh CIDB sebagai syarat dalam pendaftaran sebagai personel binaan.
  • Pemohon dikehendaki mematuhi undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Semakan Status Permohonan Kad Hijau

Anda boleh membuat semakan status permohonan kad hijau secara atas talian dengan melayari laman web https://cims.cidb.gov.my.

Selain itu, anda juga boleh terus membuat pembaharuan bagi kad CIDB yang telah tamat tempoh (expired) secara online.

Leave a Comment