Semakan BPR Fasa 3 : Status Pembayaran 2021

Seperti yang diketahui, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 3 akan bermila pada 28 September 2021.Artikel ini akan berkongsi cara untuk membuat semakan BPR 2021.

Ini adalah tarikh rasmi yang diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pembayaran ini adalah termasuk dengan bayaran BPR fasa 3 serta rayuan BPR 2021.

Ini bermakna, mereka yang lulus rayuan BPR 2021 juga akan turut menerima pembayaran pada tarikh ini.

Notis rasmi dari Hasil.

Semakan Bayaran BPR Fasa 3

Selain membuat semakan secara online pada perbankan internet anda, anda boleh semak status bayaran pada pautan ini https://bpr.hasil.gov.my

Anda cuma perlu login dan masukkan kata laluan untuk login ke dalam sistem myBPR.

Kaedah Bayaran

Kaedah pembayaran andalah secara pemindahan wang ke dalam no akaun yang didaftarkan di dalam sistem BPR.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh 28 September 2021.

Jangan lupa join channel telegram t.me/portalsemakandotcom

Bilakah tarikh bayaran BPR fasa 3?

Pada 28 September 2021.

Adakah mereka yang lulus rayuan BPR turut menerima bayaran pada tarikh yang sama?

Ya. Pembayaran BPR rayuan akan dibuat pada tarikh yang sama.

Leave a Comment