Semakan Bil Air Selangor

Bagi mereka yang tinggal di Selangor, adalah penting untuk mengetahui bahawa kini terdapat kemudahan baru di mana anda boleh membuat semakan dan membayar bil air secara langsung melalui laman web rasmi Air Selangor. Penukaran hak milik akaun air dan semakan kawasan terjejas bekalan air juga boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu ke kaunter.

Dalam artikel ini kami akan menyediakan prosedur dan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menggunakan kemudahan dalam talian Air Selangor.

Portal Air Selangor

Untuk menggunakan kemudahan dalam talian, pelanggan perlu mendaftar profil mereka dengan mendaftar di Portal Pelanggan Air Selangor atau Aplikasi Telefon Bimbit Air Selangor.

Senarai perkhidmatan berikut boleh diakses oleh pelanggan yang telah mendaftar.

  • Pengurusan akaun
  • Bil dan bayaran
  • Mengesan penggunaan bulanan
  • Aduan dan pertanyaan
  • Maklumat perkhidmatan

Cara Daftar Bil Air Selangor

Terdapat dua kaedah untuk mendaftar sebagai pengguna baharu di Laman Rasmi Air Selangor:

1. Daftar Melalui Aplikasi Air Selangor

  • Aplikasi Air Selangor perlu dimuat turun terlebih dahulu melalui Google Playstore atau App Store.
  • Sila baca semua terma dan syarat yang dipaparkan dan klik “Agree”
  • Sila lengkapkan butiran yang diminta seperti di bawah :
    • Nama Penuh
    • Email
    • Nombor Telefon
    • No Kad Pengenalan
    • Kata Laluan
  • Seterusnya, tekan “Sign up”
  • Setelah selesai mendaftar, masukkan ‘Kod Pengesahan’ yang diterima melalui telefon bimbit anda.

2. Daftar Melalui Laman Web Air Selangor

  • Layari laman web rasmi Air Selangor
  • Kemudian klik “Sign Up”
  • Isi maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Email
    • Nombor Telefon
    • No Kad Pengenalan
    • Kata Laluan
  • Seterusnya klik “Register” dan kemudian klik “Sign Up”
  • Anda akan menerima satu SMS dengan kod 6 digit ke telefon bimbit anda.
  • Pendaftaran berjaya. Selesai

Cara Semak Dan Bayar Bil Air Selangor Online

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Semakan boleh dibuat di laman web https://crisportal.airselangor.com/
  2. Pada bahagian Dashboard, sila klik butang Bil & Pembayaran
  3. Seterusnya, tekan butang bayar
  4. Sila masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar di ruangan yang disediakan
  5. Kemudian, masukkan email untuk terima resit
  6. Pilih bank
  7. Tekan pada butang ‘Teruskan’
  8. Selesai
Semakan Bil Air Selangor

Semakan Bil Air Selangor

Leave a Comment