Jika anda menerima saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa DBKL, tentunya anda ingin tahu cara pembayaran yang mudah dan cepat. Sebelum membuat pembayaran anda perlu semak saman DBKL terlebih dahulu.
Kini dengan kemudahan internet, anda boleh membuat semakan dan transaksi secara online untuk melakukan bayaran saman DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tanpa perlu ke kaunter cawangan. Di sini kami ingin berkongsi cara mudah untuk semak dan bayar saman DBKL ini dengan anda. Semoga dapat membantu.
Cara Semak Saman DBKL Menggunakan MYEG
Di bawah ini adalah cara-cara untuk membuat semakan saman DBKL melalui MYEG.
- Buka laman website www.myeg.com.my
- Pastikan register terlebih dahulu sebelum Login
- Selepas register, sila Login.
- Kemudian, pilih logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Pilih “Semak/Bayar Kesalahan/Kompaun“
- Seterusnya, pilih ‘Vehicle Registration No‘
- Sila masukkan No kad pengenalan dan No plat kenderaan anda
- Akhir sekali, klik pada butang SEMAK.
MYEG ini juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar peringatan melalui email jika terdapat saman baru. Anda boleh langgan servis ini secara percuma untuk kegunaan anda sendiri.
Cara Membayar Saman Melalui MYEG
Berikut adalah cara untuk membayar saman secara online melalui MYEG yang dapat memudahkan urusan anda tanpa perlu pergi DBKL.
- Sila layari laman web www.myeg.com.my
- Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan MYEG
- Kemudian, log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
- Selepas itu, anda perlu memilih jenis semakan saman yang hendak disemak.
- Pilih senarai saman yang ingin dibayar dan klik ‘Submit/Hantar‘
- Jumlah pembayaran akan dipaparkan dan klik ‘Pay/bayar‘
- Pilih samaada bayar guna ‘Credit Card’ atau ‘Online Banking’.
- Selesai bayar saman DBKL
Sangat mudah dan cepat bayar saman DBKL secara online di MYEG ini dan banyak lagi kegunaan MYEG yang boleh anda gunakan dan ketahui.
Semoga semakan anda berjalan lancar dan anda dapat menyelesaikan saman DBKL dengan segera. Anda dinasihatkan supaya tidak menangguh untuk membayar saman untuk mengelakkan sebarang kesulitan.