Saguhati Umrah Akaun TH : Pemberian RM1,671 Setiap Seorang

Saguhati Umrah Akaun TH . Untuk makluman, Kerajaan Malaysia sebelum ini telah membuat keputusan bagi menangguhkan kebenaran perjalanan Umrah bermula 8 Januari 2022 akibat penularan Omicron.

Susulan dari penangguhan sementara perjalanan Umrah akibat penularan Omicron, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan saguhati kepada jemaah Umrah yang terlibat sebanyaknya RM1,671 seorang.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia kini telah memberikan kebenaran semula perjalanan Umrah bagi warganegara Malaysia bermula 8 Februari 2022.

Jumlah Saguhati Umrah Akuan TH

Jumlah saguhati Umrah akaun TH yang akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada jemaah Umrah yang terjejas adalah sebanyak RM1,671 seorang.

Seramai 8,027 jemaah Umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati tersebut.

Tarikh Pengkreditan Saguhati Umrah Akaun TH

Bayaran saguhati ini akan dikreditkan kepada akaun Tabung Haji (TH) jemaah Umrah yang terlibat mulai 18 Februari 2022.

Namun, terdapat hampir 1,000 jemaah Umrah yang tidak mempunyai akaun TH dan mereka mesti membuka akaun tersebut sebelum 18 Februari 2022.

Buka Akaun TH Secara Online

Untuk mereka yang belum membuka akaun TH, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Layari laman web TH iaitu = https://www.thijari.com.my/
  2. Klik pada bahagian “Tiada Akaun TB ? Buka Sekarang “.
  3. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan.
  4. Selepas itu, sila hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan.
  5. Buat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan di kaunter.
  6. Pembukaan akaun selesai.
Saguhati Umrah Akaun TH

Buka Akaun TH Di Kaunter

Untuk mereka yang menghadapi kesukaran membuka akaun TH secara online, mereka boleh hadir di mana-mana kaunter cawangan TH yang berhampiran.

Mereka akan dilayan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu dalam masa yang lama.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah saguhati Umrah yang akan diberikan ke jemaah Umrah ?

RM1,671 seorang.

Bilakah tarikh jemaah Umrah yang tidak mempunyai akaun TH harus membuka akaun TH?

Sebelum 18 Februari 2022.

Leave a Comment