Rumah Mesra Rakyat SPNB – Program Perumahan Rakyat Terkini

Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) ditawarkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.).

SPNB yang berada di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan untuk memberi bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani, dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa untuk didiami bersama keluarga.

Rumah Mesra Rakyat akan dibina oleh SPNB sesuai dengan spesifikasi yang telah ditetapkan seperti dalam lampiran di bawah.

Syarat Kelayakan Pemohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 – 65 tahun
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Nota: –

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Membuat Permohonan RMR

Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR), anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

Permohonan Secara Online

  1. Layari laman web https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
  3. Kemudian, Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
  5. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  6. Setelah selesai mengisi borang, cetak borang
  7. Borang beserta dokumen perlu dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
  8. Anda akan menerima maklum balas dalam masa 3 bulan dan kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Permohonan Secara Manual

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di Cawangan SPNB dan menghantar kembali kepada SPNB setelah anda melengkapkan permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
  6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Reka Bentuk Rumah

Rumah Mesra Rakyat
Rumah Mesra Rakyat

Leave a Comment