RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM

Sekiranya anda sebagai pelajar atau ibu bapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin bahawa terdapat kemungkinan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membuat kesilapan dalam keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 8 Jun 2023. Anda masih berpeluang untuk memohon semakan semula keputusan.

Untuk memohon semakan semula, anda perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh keputusan diumumkan iaitu 8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023.

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM

Untuk calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari portal e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka selama 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan. Dalam tempoh ini, anda boleh mengemukakan permohonan untuk semakan semula keputusan peperiksaan.
  3. Setiap mata pelajaran akan dikenakan caj sebanyak RM100.00. Ini bermakna setiap kali anda memohon untuk semakan semula keputusan peperiksaan bagi satu mata pelajaran, anda perlu membayar caj sebanyak RM100.00.
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ berpeluang untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan untuk kes ‘T’.

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Tiada caj yang dikenakan.
  4. Isikan borang permohonan secara online

Permohonan Semak Semula Keputusan Spm manual

  • Untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan atau kes, anda perlu menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Borang ini boleh didapati di beberapa tempat seperti disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya, atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam masa dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan. Keputusan Semakan Semula ini adalah muktamad, dan tiada sebarang rayuan akan dipertimbangkan.

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat semakan semula keputusan SPM.

Leave a Comment