Rayuan BSH 2020: Permohonan Secara Online dan Manual

Permohonan Rayuan BSH kini dilanjutkan sehingga tarikh 6 September 2020.

Semua rakyat yang tidak berjaya pada permohonan yang sebelumnya, digalakkan untuk membuat rayuan jika mendapat status tidak berjaya.

Rayuan hanya dibenarkan kepada status tidak berjaya dan beberapa jenis status yang tertera seperti dalam pada pautan ini.

Cara Membuat Rayuan BSH Secara Online dan Manual

Untuk membuat rayuanBSH , anda bolehlah layari laman web https://bsh.hasil.gov.my/

Login ke dalam sistem MYBSH dan klik rayuan pada pautan yang disediakan.

Anda boleh juga membuat semakan status permohonan semasa anda dengan melayari link https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx

Klik pautan tersebut kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada bahagian semak( cari).

rayuan bsh

Bagi permohonan yang dilakukan secara manual, boleh datang pejabat LHDNM berdekatan dengan anda untuk kemukakan rayuan.

Semoga permohonan rayuan BSH anda kali ini berjaya dan anda akan menerima bantuan BSH.

Seterusnya dapat meringankan beban kewangan anda kelak.

Soalan Lazim

Bilakah permohonan rayuan BSH berakhir?

6 September 2020

Jika rayuan dilakukan secara manual, bagaimanakah caranya?

Kunjungi pejabat LHDN berdekatan.

Bolehkah rayuan dilakukan di UTC?

YA. Anda boleh kunjungi Urban Transformation Centre berdekatan anda.

Keputusan rayuan akan diumumkan bila?

Akan dimaklumkan kelak.

Leave a Comment