Kini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan sesiapa yang ingin membuat rawatan kesuburan mengeluarkan wang di dalam KWSP.
Kos rawatan kesuburan akan ditampung oleh kedua-dua pasangan dengan wang daripada simpanan KWSP.
Di sini kami kongsikan apakah syarat dan bagaimana cara untuk membuat permohonan pengeluaran bagi tujuan ini.
Syarat Pengeluaran KWSP bagi tujuan rawatan kesuburan
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan di dalam akaun 2
- Pasangan berkahwin secara sah
Antara perkara tambahan yang perlu anda tahu adalah:
- Kos perubatan tidak ditanggung oleh majikan sepenuhnya.
- Penyakit ataupun perlatan perubatan haruslah yang telah dibenarkan oleh KWSP.
- Antara jenis rawatan keuburan yang dibenarkan adalah: Intrauterine Insemination (IUI), In-vitro Fertilisation (IVF),Intracytoplasmic Sperm Injection (ISI)
Cara Permohonan
Cara membuat permohonan adalah dengan cara hadirkan diri ke pejabat KWSP berhampiran anda. Sebelum itu, anda kena pastikan dokumen seperti di bawah ini lengkap dan disediakan:
- Kad pengenalan dan salinan
- Buku Akaun bank / bukti nombor akaun bank (screenshot online banking)
- Laporan perubatan dari institusi perubatan
- Surat pengesahan majikan mengenai kos perubatan/ rawatan
- Lihat dokumen ini
Selamat membuat permohonan. Semoga keputusan anda untuk mendapatkan rawatan kesuburan berkesan.