Program Subsidi Upah (PSU 4.0) merupakan bantuan yang diberikan kepada majikan yang terkesan akibat pandemik yang melanda masa kini.
Bayaran sebanyak RM600 akan diberikan kepada majikan bagi setiap pekerja yang bekerja di bawahnya.
Bayaran ini akan diberikan selama tempoh 4 bulan.
PSU 4.0 kini menyasarkan sebanyak 2.5 juta pekerja dengan jumlah peruntukan sebanyak 3.8 bilion.
Berbanding PSU sebelum ini, kini PSU 4.0 tidak lagi memberikan sebarang had gaji bulanan.
Majikan akan memasukkan maklumat subsidi ini ke dalam slip gaji pekerja.
Permohonan PSU 4.0 Online
PSU 4.0 mula dibuka permohonan pada 1 Ogos 2021. Permohonan boleh dibuat pada pautan: prihatin.perkeso.gov.my atau di https://psu.perkeso.gov.my/
Maklumat lanjut,syarat dan mekanisme pembayaran PSU di sini.
Bagi bantuan lain, anda boleh join group telegram di t.me/portalsemakandotcom
Bilakah tarikh tutup PSU 4.0?
31 Oktober 2021.
Berapakah bayaran subsidi bagi setiap pekerja?
RM600.