Program Selangor Saring 2022 : Pengesanan Awal Penyakit Rakyat selangor

Program Selangor Saring 2022. Kerajaan Selangor baru-baru ini telah mengumumkan program Saring Selangor yang bakal memberikan manfaat kepada ramai rakyat Selangor. Pengumuman ini dibuat melalui Belanjawan Selangor 2022 di mana sejumlah RM 3.4 juta akan dibelanjakan bagi tujuan ini.

Sejumlah RM 1.5 juta diperuntukan bagi saringan penyakit kronik, RM800,000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM100,000 bagi kesihatan mata, dan RM300,000 diperuntukan bagi intervensi obesiti.

Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkakan peluang seorang individu itu untuk sembuh.

Program Selangor Saring 2022

Objektif Program

Mencegah sememangnya lebih baik daripada mengubati penyakit

Melalui programi ini juga, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori adalah :

  1. Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
  2. Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.
  3. Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.

Syarat Kelayakan

Untuk makluman, program ini bukanlah untuk kesemua rakyat selangor sebaliknya individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.

Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.

Program Selangor Saring 2022

Cara Pendaftaran Program Selangor Saring 2022

Pendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SElangkah mulai 6 Mei 2022.

Sementara itu, maklumat lanjut berkenaan program ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi program ini di = https://selangorsaring.selangkah.my/

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Selangor Saring 2022, boleh berhubung dengan urusetia bertugas di talian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600.

Selain itu, anda boleh juga menggunakan Telegram Khidmat Pelanggan Selangkah di pautan = https://t.me/SELANGKAHMY_bot

Leave a Comment