Petronas Mesra Card : Cara Daftar Dan Tebus Hadiah

Bagi anda pengguna Petronas, anda mempunyai peluang untuk mendapatkan Kad Mesra secara percuma. Sebelum boleh menggunakan kad tersebut, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Setiap pelanggan disarankan untuk mendaftarkan kad mereka ini bertujuan untuk memudahkan penebusan mata ganjaran dan sekiranya kad hilang, mata ganjaran juga boleh dipindahkan dengan lebih lancar.

Di sini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk daftar dan tebus hadiah melalui Kad Mesra Petronas ini.

Apa Itu Kad Mesra Petronas?

Kad MESRA Petronas merupakan suatu program kesetiaan atau loyalty program yang serupa dengan Bonuslink yang dirancang khas untuk para pengguna Petronas. Kad Mesra ini menawarkan beberapa kelebihan menarik apabila anda mengisi minyak atau membuat pembelian menggunakan kad tersebut.

Kelebihan Menggunakan Kad Mesra Petronas

Antara kelebihan yang anda perolehi sekiranya menggunakan kad mesra petronas11 adalah seperti berikut:

  1. Setiap kali anda membuat pembelian, anda akan mendapat mata ganjaran sebagai ganjaran.
  2. Anda berpeluang untuk menukarkan mata ganjaran tersebut sebagai pembayaran untuk mengisi minyak secara percuma.
  3. Tiga mata ganjaran akan diterima untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembelian minyak (contohnya, RM10 akan memberikan 30 mata ganjaran).
  4. Kad mesra anda tidak perlu diperbaharui setiap tahun.
  5. Mata ganjaran yang dikumpulkan boleh ditebus dengan mudah.
  6. Jika Kad Mesra hilang atau mengalami kerosakan, anda boleh mendapatkan kad yang baru secara percuma.

Cara Daftar Kad Mesra

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar kad mesra petronas secara online:

  1. Buka laman web https://www.mymesra.com.my/
  2. Tekan pada log masuk dan klik Register
  3. Sila masukkan nombor telefon anda dan kemudian tekan butang “Continue”
  4. Lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Mesra Card Number, Full Name, Identyty Type, No (New), Mobile Phone Number, Email Address, Password, Re-Type Password.
  5. Setelah maklumat lengkap diisi, klik pada Submit
  6. Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda akan menerima emel pengesahan. Sila klik pada pautan yang diberikan dalam emel untuk mengaktifkan Kad Mesra anda
  7. Anda telah berjaya mendaftar

Cara Tebus Mata Ganjaran

Jika anda ingin menukar mata ganjaran dari Kad Mesra anda, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Pergi ke stesen minyak Petronas yang terdekat dengan lokasi anda.
  2. Hanya perlu menunjukkan kad Mesra kepada juruwang di kaunter stesen Petronas.
  3. Beritahu mereka yang anda ingin tebus mata ganjaran.
  4. Juruwang tersebut akan memeriksa jumlah mata ganjaran yang anda miliki.
  5. Selepas itu, anda dapat menukar mata ganjaran anda berdasarkan jumlah yang anda miliki.

Leave a Comment