Permohonan TKWBNS 2022 : Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

Permohonan TKWBNS 2022. Untuk makluman, TKWBNS merupakan tabung yang diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan peruntukan yang diterima adalah daripada Kerjaan Negeri Selangor.

Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara yang ditawarkan pula merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah kepada anak-anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Tarikh Permohonan TKWBNS 2022

Tarikh permohonan bagi pinjaman ini boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 sehingga 29 April 2022 secara atas talian (online).

Permohonan TKWBNS 2022

Tempoh Pembiayaan & Jumlah Pembiayaan

Bagi tempoh pembiayaan adalah bermula daripada tarikh kuat kuasa surat tawaran TKWBNS sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.


Bagi jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pinjaman ini pula adalah seperti brikut :

NegaraPeringkat PengajianJumlah
Mesir-Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Arab dan sebagainya.
-Ijazah Perubatan / Pergigian.
-Ijazah Sarjana Pengajian Islam / Arab dan sebagainya RM9,600 Setahun.
-Tidak dibuka untuk peringkat Doktor Falsafah
-RM6,500 Setahun
-RM15,000 Setahun
-RM9,600 Setahun
Jordan/MaghribiUntuk semua peringkat pengajianRM15,000 Setahun

Syarat AM

Syarat am yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah :

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut :
    – Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
    – pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    – Pemohon telah sedang bermastautin lebih dari 10 tahun di Selangor.
  2. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa peringkatIjazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah di universiti yang diiktira di Mesir, Jordan dan Maghribi.
  3. Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  5. Pelajar, ibu, bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
  6. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain ( biasiswa, pinjaman, atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar.

Syarat Akademik

Pemohon juga perlu untuk memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan iaitu :

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya Jayyid (good) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM.
  4. Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Cara Mohon Permohonan TKWBNS 2022

Cara untuk mohon Permohonan TKWBNS 2022, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://danapendidikan.selangor.gov.my/login
  2. Klik butang “Daftar”.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar Akaun”.
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. HAntar permohonan kepada pihak urusetia.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan TKWBNS 2022 Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara ini, sila hubungi urusetia seperti berikut :

  • Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat SUK Selangor di talian 03-5521 2275/ 03-5544 7523 atau email ke tkwbns@selangor.gov.my.
  • Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir di talian +201100107280 / 011-48542004 atau email = atasependidikanselangor@gamil.com

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan TKWBNS 2022 ini ?

29 April 2022.

Bilakah tempoh pembiayaan bermula ?

Tempoh pembiayaan adalah bermula daripada tarikh kuat kuasa surat tawaran TKWBNS sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Leave a Comment