Permohonan SMEEF 2.0 . SMEEF merupakan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Malaysian Industrial Development Fund (MIDF) yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Bantuan dana ini diwujudkan adalah untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.
Bagi PKS yang berminat boleh terus membuat permohonan dana ini secara atas talian.
Jumlah Pembiayaan & Pembiayaan Yang Layak
Jumlah bagi pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah daripada RM50,000 sehingga RM100,000.
Bagi Pembiayaan yang layak untuk memohon dana ini adalah :
- Pembiayaan aset
- Modal kerja
Syarat Kelayakan Permohonan SMEEF 2.0
PKS yang ingin memohon permohonan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sah.
- Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana.
- Menyediakan bukti kesan bencana alam ( Contohnya : Surat yang dikeluarkan dari laporan polis dan pejabat daerah).
- Syarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi.
- Jualan minimum sekurang-kurangnya RM300,000 dan ke atas atau mempunyai pekerja sepenuh masa sekurang-kurangnya 5 orang dan ke atas,
Cara Memohon Permohonan SMEEF 2.0
Cara memohon Permohonan SMEEF 2.0 ,boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi permohonan =
- Klik butang “Register”.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Register”.
- Log masuk dengan memasukkan User ID dan juga kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar.
Tempoh & Kadar Pembiayaan
Bagi tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium.
Kadar pembiayaan yang ditawarkan pula adalah 0%.
Maklumat & Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut mengenai Permohonan SMEEF 2.0 , sila hubungi pihak MIDF di talian 1-300-880-6433.
Soalan Lazim
Berapa lamakah tempoh pembiayaan ?
Tepoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium.
Berapakah jumlah pembiayaan menerusi dana ini ?
RM50,000 hingga RM100,000 jumlah pembiayaan.