Permohonan untuk Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) tahun 2023 telah dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. PPRT ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu memperbaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman yang miskin dan terpinggir.
Objektif utama permohonan rumah PPRT 2023 ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dengan membina atau membaik pulih rumah sedia ada. Ini dilakukan untuk memberikan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan keluarga.
Bantuan PPRT
Berikut adalah permohonan bantuan PPRT yang akan diberi keutamaan.
- Keutamaan pelaksanaan program ini adalah bagi negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
- Bapa atau ibu tunggal yang banyak tanggungan keluarga yang ramai
- Mangsa bencana alam berskala kecil.
- Orang Kurang Upaya – OKU.
- Warga emas.
Kategori Rumah PPRT
Tedapat 2 kategori permohonan rumah PPRT 2023 ini iaitu:
Baik Pulih Rumah
- Membaik pulih rumah ini akan melibatkan 3 elemen penting iaitu:
- Requisition
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Baik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
- Syarat bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana alam dan masih boleh untuk dibaiki.
- Mendapat surat kebenaran bagi kes menduduki tanah daripada pemilik.
Bina Baru
- Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah untuk didiami atau individu yang mempunyai rumah tetapi terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
Bagaimana Cara Memohon Rumah PPRT
Jika anda telah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membuat permohonan Rumah PPRT 2023 secara atas talian (online). Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Layari Portal Rasmi eSPKR
- Seterusnya, tekan pada “Program Perumahan Rakyat Termiskin” pada laman utama.
- Kemudian, sila lengkapkan semua maklumat pemohon yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
- Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan “Hantar permohonan”
Borang permohonan juga boleh diperolehi secara manual dengan melalui Borang Permohonan.