Permohonan Program Protege MAIWP 2022 : Peluang Kerjaya Graduan Asnaf

Permohonan Program Protege MAIWP 2022. Program Protege MAIWP merupakan satu inisiatif yang diwujudkan oleh Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu golongan graduan asnaf yang masih belum mendapat pekerjaan.

Program ini bertujuan mempersiapkan golongan asnaf dengan ilmu, kemahiran serta pengalaman kerja yang bermanfaat bagi meningkatkan potensi diri serta peluang kebolehpasaran mereka dalam alam pekerjaan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan Program Protege MAIWP 2022 ini mula dibuka pada 1 Mei 2022 hingga 14 Mei 2022.

Permohonan Program Protege MAIWP 2022

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang berminat untuk memohon program ini adalah :

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.
  3. Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  4. Pemohon ialah graduan lepasan IPTA/IPTS/Luar Negara.
  5. Pemohon ialah golongan asnaf menerusi kiraan had kifayah.

Untuk makluman, keutamaan bagi program ini akan diberikan kepada pemohon yang :

  • Menerima biasiswa MAIWP
  • Penerima Bantuan Pelajaran MAIWP

Cara Mohon Permohonan Program Protege MAIWP 2022

Permohonan untuk memohon program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari pautan permohonan di sini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf1FqcXn5nayu5UIO-1EVP3a_YbcujcPN0j96q3AErJiOuGDg/viewform
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Semak semua maklumat seblum menghantar,
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan iaitu :

  1. Salinan sijil akademik tertinggi.
  2. Cetakan had kifayah yang boleh dicetak menerusi pautan berikut = https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Program Protege MAIWP 2022, sila layari laman web = https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/

Soalan Lazim

Apa itu Program Protege MAIWP ?

Program Protege MAIWP merupakan satu inisiatif yang diwujudkan oleh MAIWP untuk membantu graduan asnaf yang masih belum mendapat pekerjaan.

Berapakah had umur untuk layak memohon ?

Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.

Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?

Permohonan akan ditutup pada 14 Mei 2022

Leave a Comment