Permohonan MyICE 2022 . MyICE merupakan inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada pertubuhan berdaftar bagi kategori kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi.
Untuk makluman, perlaksanaan MyICE telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan 2022. Menerusi pembentangan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada 2,000 pertubuhan berdaftar bagi pelaksanaan inisiatif ini.
Tarikh Permohonan MyICE 2022
Tarikh bagi permohonan MyICE ini telah dibuka bermula 1 Februari 2022 dan akan tutup pada 31 Mei 2022.
Permohonan ini dibuat secara atas talian (Online).
Jumlah Geran
Jumlah geran yang ditawarkan menerusi MyICE adalah sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar yang layak.
Kategori Pertubuhan
Bagi kategori pertubuhan yang layak untuk membuat permohonan adalah :
i) Kategori Kebajiakan
- Ibu tunggal
- Kebajikan masyarakat
- Kebajikan ahli
- Orang kurang upaya (OKU)
- Warga emas
ii) Kategori Hak Asasi
- Alam sekita
- Pengguna
- Manusia
- Pendidikan
iii) Kategori keselamatan
- Pencegahan jenayah
- Bomba sukarela
iv) Kategori Sosial
- Alumni
- Pendidikan penduduk
- Keturunan
Syarat Permohonan
Bagi pemohon yang berminat dan ingin membuat permohonan, anda perlu menepati syarat-syarat yang telah dikemukakan. Antara syarat-syarat permohonan adalah :
- Pertubuhan tersebut hendaklah berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021.
- Pertubuhan tersebut mestilah menghantar penyata tahunan yang lengkapteratur dan terkini sekurang-kurangnya penyata tahunan bagi tahun 2022.
- Pertubuhan terbabit mempunyai rekod pengurusan yang baik.
Cara Memohon Permohonan MyICE 2022
Permohonan bagi mendapatkan geran ini boleh dibuat menrusi laman web = https://www.eroses.gov.my/
Selepas mendaftar di dalam sistem ini, sila ke Sistem Permohonan MyICE dan buat permohonan sehingga selesai.
Proses permohonan geran ini adalah terperinci dan boleh dirujuk melalui gambar di bawah :
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman tersebut = https://www.eroses.gov.my/
Soalan Lazim
Berapakah jumlah geran yang ditawarkan mnerusi MyICE ?
Jumlah geran yang ditawarkan menerusi MyICE adalah sebanyak RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar yang layak.
Bilakah tarikh permohonan geran ini ?
Bermula 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022 secara atas talian.