Permohonan Modal Kerja@BAP 2022 : Pembiayaan Modal Kerja Tetap

Permohonan Modal Kerja@BAP 2022 . Modal Kerja@BAP merupakan program yang dibangunkan secara eksklusif untuk pembiayaan modak kerja tetap sahaja menampung kos overhed selama 6 bulan.

Perlaksanaan program ini juga bertujuan bagi membantu usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19 bagi mendapatkan modal kerja tetap.

Tarikh Permohonan

Tarikh bagi permohonan program ini telah dibuka pada 28 Februari 2022 dan akan ditutup pada 31 Disember 2022 atau sehingga dan program ini habis digunakan.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah bagi pembiayaan yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak minima RM50,000 dan jumlah bagi maksima pula sehingga RM500,000.

Permohonan Modal Kerja@BAP 2022

Kadar & Tempoh Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditetapkan bagi program ini adalah sebanyak 4% untuk setahun.

Tempoh bagi pembiayaan pula adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan atau moratorium sehingga 12 bulan.

Cara Memohon Permohonan Modal Kerja@BAP 2022

Bagi membuat Permohonan Modal Kerja@BAP 2022, sila kunjungi SME Bank dan SME Corp yang berhampiran untuk membuat permohonan.

*Nota – Sebelum membuat permohonan sila rujuk dahulu syarat kelayakan PKS ( di bawah )bagi memudahkan lagi membuat permohonan tersebut.

Syarat Kelayakan

Syarat bagi kelayakan Usahawan PKS yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut :

  1. PKS sperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan.
  2. Pemohon berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak) , atau badan berkanun untuk perkhidmatan professional.
  3. Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya 60% oleh warganegara Malaysia.
  4. Pemilikan bagi perusahaan besar tidak melebihi 20%.
  5. Pengendali perniagaan sepenuh masa.
  6. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
  7. Penilaian SCORE hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas pembiayaan diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Modal Kerja@BAP, sila hubungi pihak SME Bank di talian 03-2603-7700 atau layarai laman web rasmi = https://www.smebank.com.my/en/

Soalan Lazim

Berapa lamakah tempoh untuk pembiayaan ?

Tempoh pembiayaan pula adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan atau moratorium sehingga 12 bulan.

Berapakah kadar untuk pembiayaan ?

Kadar pembiayaan sebanyak 4% setahun.

Leave a Comment