Permohonan KISS Selangor 2022 : Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor

Permohonan KISS Selangor 2022 . Program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu Tunggal di selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Menerusi program ini juga, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara chasless (tanpa tunai, hanya menggunakan kad Kiss selangor).

Permohonan KISS Selangor 2022

Syarat Kelayakan Permohonan KISS Selangor 2022

Syarat bagi kelayakan untuk memohon kad KISS selangor adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih melanjutkan pelajaran / anak berstatus Orang Kurang Upaya OKU ( tiada had umur )
  5. Berdaftar di dalam sistem eKasih
  6. Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah

Cara Memohon Permohonan KISS Selangor 2022

Bagi Permohonan KISS Selangor 2022 , Pendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian di pautan laman web rasmi = https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/

Borang KISS Selangor : https://ecentral.my/wp-content/uploads/2021/10/Borang-KISS-Selangor.pdf

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan bersama dengan permohonan adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Kad Matriks yang masih sah
  • Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini
  • Slinan Penyata EA atau KWSP
  • Bukti Penerima BSH bagi kategori berpendapatan rendah dibawah RM2,000
  • Salinan Pemilih Berdaftar di Selangor

Senarai Barangan Keperluan Asas

Antara senarai keperluan asas yang diluluskan adalah :

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung dan miyak masak
  9. Sayur-sayuran
  10. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  11. sabun dan bahan pencuci
  12. Lampin ( kanak-kanak / dewasa )
  13. Produk tenusu
  14. Barangan persekolahan

*Nota – Hanya baranagan yang tersenarai di atas diluluskan bagi pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang terpilih.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut , anda boleh buat pertanyaan melalui saluran :

  1. https://www.kiss.com.my/
  2. https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/
  3. 1800-22-6600
  4. https://www.kiss.com.my/hubungi-kami

Soalan Lazim

Apakah tujuan utama program ini ?

Program ini bertujuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup dan memabntu para ibu dari kumpulan B40 (Ibu tunggal ) dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas.

Bolehkah ibu dari negeri lain untuk memohon ?

Tidak . Khusus bagi mereka yang lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Leave a Comment