I-Sinar KWSP : Cara Permohonan Online & Senarai Dokumen (Kategori 2)

i-Sinar membuka peluang kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan duit simpanan di dalam akaun 1.

Kemudahan ini diberikan kepada mereka yang layak. Mereka yang layak ini dibahagikan mengikut 2 kategori iaitu kategori 1 dan kategori 2.

Secara umumnya, kategori 1 adalah bagi mereka yang telah lama tidak mencarum dalam KWSP, manakala kategori 2 pula bagi mereka yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan/gaji sebanyak 30% atau lebih.

Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan untuk membolehkan permohonan anda diproses dan diluluskan. Manakala bagi kategori 1 pula, kelulusan adalah secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sekongan.

Senarai Dokumen Sokongan Permohonan Kategori 2 I-Sinar

Berikut adalah dokumen yang diambil kira sebagai sokongan;

  • Bukti slip gaji / payslip sebelum dan juga selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian dari majikan, notis pemotongan elauan dan/atau tuntutan overtime (kerja lebih masa)
  • Jika anda tidak mempunyai dokumen-dokumen ini, anda bolehkemukakan sebarang dokumen yang dirasakan berkaitan dan berasas . Sebagai contoh, penyata bank, surt pengesahan majikan, dll.

Cara Mohon i-Sinar Online Kategori 2

Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini mula dibuka pada 11 Januari 2021.

Cara permohonan adalah dengan melayari : https://isinar.kwsp.gov.my/

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai cara permohonan i-Sinar ini, boleh klik sini.

Kriteria Permohonan i-Sinar

Kriteria permohonan adalah seperti berikut:

i-sinar kriteria

Anda bolehlah semak kriteria yang tertera pada gambar di atas ini. Jika anda layak untuk kategori 2, maka segeralah buat permohonan i-Sinar jika anda memerlukannya.

Leave a Comment