Permohonan imSME 2022 : Platform Rujukan Pembiayaan Pinjaman PKS Malaysia

Permohonan imSME 2022 . imSME adalah satu platform rujukan pembiayaan pinjaman PKS yang pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad yang dilancarkan pada Februari 2018.

Menerusi platform ini, pemohon akan dipadankan keperluan kewangan perniagaan dengan produk pembiayaan/pinjaman bersesuaian yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.

Permohonan imSME 2022

Produk Yang Ditawarkan

Produk pembiayaan pinjaman yang ditawarkan adalah tanpa jaminan kepada usahawan PKS.

Senarai bagi produk pembiayaan pinjaman boleh dirujuk melalui pautan ini = https://imsme.com.my/portal/products/ .

Cara Mohon Permohonan imSME 2022

Usahawan yang berminat untuk memohon Permohonan imSME 2022 pembiayaan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://imsme.com.my/portal/bm/
  2. Klik butang “Mohon Sekarang”.
  3. Isikan maklumat pembiayaan dan klik butang “Seterusnya”.
  4. Isi maklumat perniagaan dan klik butang “Seterusnya”.
  5. Buat pengesahan dan klik butang “Seterusnya”.
  6. Pilih padanan pembiayaan yang sesuai.

Jenis Industri / Sektor Perniagaan

Semua PKS adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan imSME terutamanya :

  • Perdagangan borong, runcit, restoran dan hotel.
  • Perkhimatan kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan.
  • Perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian.
  • Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan.
  • pembuatan.
  • Pertanian, pemburuan, perhutanan dan perikanan.
  • Elektrik, gas dan air.
  • Perlombongan dan kuari.
  • Perkhidmatan lain-lain.

Jenis Syarikat Perniagaan

Terdapat 5 jenis perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan pinjaman melalui imSME iaitu :

  1. Perniagaan milik tunggal
  2. Perkongsian
  3. Perkongsian liabiliti terhad
  4. Sendirian Berhad ( Sdn Bhd )
  5. Individu ( Dengan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan sebarang maklumat mengenai imSME , sila hubungi pihak Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di talian 03-7880 0088.

Soalan Lazim

Berapakah jenis syarikat perniagaan yang layak memohon ?

Terdapat 5 jenis perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan pinjaman melalui imSME. Rujuk artikel antara syarikat yang layak.

Bagaimanakah cara untuk memohon ?

Bagi mereka yang berminat untuk memohon pembiayaan boleh membuat permohonan dengan terus melayari laman web rasmi , dan isikan maklumat yang diminta. Boleh rujuk artikel ini untuk mengetahu langkah-langkah untuk membuat permohonan.

Leave a Comment