Kepada pelajar yang telah menamatkan SPM, STPM, atau kelayakan setaraf, anda kini boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) untuk ambilan Januari dan Julai 2023 yang boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi SPUPIM. Permohonan IKM KKTM MJII 2023 akan dibuka bermula dari 16 Mei 2023 hingga 17 Julai 2023.
Untuk makluman, Institusi Pendidikan MARA (IPMa) ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih lebih banyak generasi muda bumiputra dengan kemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Tarikh Permohonan IKM KKTM MJII
Berikut adalah tarikh permohonan untuk IKM KKTM dan MJII:
Fasa 1
- Tarikh dibuka : 1 Mac 2023
- Tarikh tutup : 15 April 2023
Fasa 2
- Tarikh dibuka : 16 Mei 2023
- Tarikh tutup : 17 Julai 2023
Syarat Kelayakan
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan permohonan KKTM, IKM, dan MJII bagi tahun 2023:
Syarat Kelayakan | Penerangan |
Program Sijil | 1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) 2. Bumiputera 3. Warganegara Malaysia 4. Berumur 18 hingga 40 tahun 5. Sihat tubuh badan 6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik) |
Program Diploma | 1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2 2. Bumiputera 3. Warganegara Malaysia 4. Berumur 18 hingga 40 tahun 5. Sihat tubuh badan 6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik) |
Cara Permohonan
Sekiranya anda ingin membuat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Berikut kami kongsikan cara-caranya:
- Sila layari portal rasmi SPUPIM di https://apponline.mara.gov.my/
- Kemudian, klik pada pengguna baru
- Lengkapkan maklumat yang perlukan seperti :
- No kad pengenalan
- Emel
- Kata laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Kod keselamatan
- Klik hantar
- Kemudian, log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
- Klik pada “Permohonan” dan masukkan maklumat yang diminta
- Sila tanda kotak pengakuan dan selepas itu klik pada butang “Hantar”
- Selesai