Permohonan iBAKIPT 2022 . iBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan untuk anak-anak Negeri Kedah yang telah berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi IPT.
Bagi pelajar Anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT berpeluang untuk mendapatkan bantuan daripada Kerjaan Negeri Kedah menerusi Bantuan Kemasukan Ke IPT (iBAKIPT).
Oleh itu, pelajar baharu yang melanjutkan pelajaran ke IPT untuk tahun ini dialu-alukan bagi memohon Permohonan bantuan ini. Permohonan bantuan ini hanya boleh dibuat secara atas talian (Online).
Tarikh Permohonan & Kadar Bantuan
Tarikh bagi permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi :
- Dibuka : 20 Mac 2022
- Ditutup : 14 April 2022
Untuk kadar bantuan bagi pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah RM300.\
Syarat Kelayakan Permohonan iBAKIPT 2022
Antara syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon perhonanan ini adalah :
- Pemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah ( mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000 dan ke bawah.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dalam negara atau luar negara (bidang pengajian yang diiktirak oleh Malaysia Qualification Agency) (Diploma dan Sarjanan Muda secara sepenuh masa telah membuat pendaftaran awal pengajian).
- Pemohon dibuka untuk pelajar semester pertama kemasukan baharu tahun 2022 sahaja.
- Pelajar kategori tidak layak memohon :
1. Pelajar Sijil/Asasi/Matrikulasi/Foundation.
2. Pelajar Pasca-Siswazah (Sajanan/Master/PH.D).
3. Pelajar separuh masa.
4. Pelajar luar kampus.
5. Pelajar di Institusi Perguruan (IPG).
6. Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan .
7. Pelajar di bawah latihan separa perubatan di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Cara Mohon Permohonan iBAKIPT 2022
Cara untuk membuat permohonan iBAKIPT 2022, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi = https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt/login.php?a=NzUxNzI2
- Klik bahagian “Daftar Pengguna Abru”.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Pergi ke menu “Perkhidmatan” dan klik butang “BAKIPT”.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan sokonga dokumen dimuat naik.
*Nota – Pastikan anda memenuhi syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat Permohonan iBAKIPT 2022 .
Dokumen Sokongan
Antara dokumen sokongan yang diperlukan dan dimuat naik semasa membuat permohonan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.
- Salinan Resi Bayaran Pendaftaran Awal.
- Salinan Akaun Bank/Penyata Bank.
- Borang Pengesahan Tempat Tinggal oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon tinggal di kawasan sempadan negeri Perlis,Perak, dan Pulau Pinang sahaj.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan, sila hubungi Unit Penajaan (BAKIPT) di talian 04-702 7272 / 7283 atau email ke sppnk@kedah.gov.my.
Soalan Lazim
Berapakah kadar bantuan yang diterima bagi mereka yang layak menerima bantuan ini ?
RM3000
Untuk pelajar di Institusi Perguruan, adakah boleh memohon permohonan ini ?
Tidak.