Permohonan I-PUSH 2022 : Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang

Permohonan I-PUSH 2022 . Skim I-PUSH merupakan satu inisiatif yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan yang berjumlah RM20 juta.

Skim yang dilaksanakan ini dapat memanfaatkan lebih dari 2,500 penerima usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tarikh Permohonan I-PUSH 2022

Permohonan bagi I-PUSH boleh dibuat secara atas talian (online) bermula pada 1 April sehingga 30 April 2022.

Permohonan I-PUSH 2022

Jumlah Pembiayaan & Pembayaran Balik

Jumlah bagi pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah antara RM3,000 sehingga RM10,000.

Jumlah pembiayaan ini ditentukan oleh Jawatankuasa Panel Pemilih Skim I-PUSH yang dilantik oleh kerajaan negeri.


Bagi pembayaran balik pula, Usahawan yang menerima pembiayaan ini – pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu untuk 5 tahun tempoh pembiayaan.

Ini termasuklah tahun pertama moratorium yang diberikan kepada usahawan tersebut.

Syarat Permohonan I-PUSH 2022

Syarat permohonan bagi usahawan yang ingin memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut :

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Pahang.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Bermastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun.
  4. Pemohon menjalankan perniagaan melabihi 1 tahun (sebelum atau pada Mac 2021).
  5. Syarikat pemohon telah berdaftar dengan Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM).
  6. Mempunyai lesen perniagaan/permit sementara PB.
  7. Pemohon tidak dalam ketegori bankrap.
  8. Pemohon terdiri daripada golongan B40.
  9. Keutamaan diberikan kepada peniaga yang terjejas akabit pandemik covid-19.
  10. Konsep permohonan adalah first come, first serve.

Cara Mohon Permohonan I-PUSH 2022

Permohonan pembiayaan ini boleh dibuat terus secara atas talian menerusi laman web rasmi di link ini = https://smu.pahang.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai I-PUSH, sila layari https://smu.pahang.gov.my/. Bagi sebarang pertanyaan pula anda boleh terus hubungi :

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon pembiayaan ini ?

18 tahun ke atas.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan dalam pembiayaan ini ?

RM3,000 sehingga RM10,000

Leave a Comment