Permohonan i-Biaya : Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia

Permohonan i-Biaya. i-Biaya ialah satu inisiatif di bawa HOPE yang diperkenalkan sebagai usaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Inisiatif ini dijangka mampu meningkatkan pemilikan rumah terutamanya mereka dalam golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal. Tambahan pula, inisiatif ini adalah sebagai langkah untuk menyokong sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025.

Peranan i-Biaya

Antara peranan utama dalam inisiatif i-Biaya ini adalah :

  • Menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.
  • Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah pertama.
  • Menyediakan khidmat nasihat/konsultasi/kaunseling dalam pengurusan kredit.

Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan

Untuk makluman kepada pemohon yang berminat dalam membuat Permohonan i-Biaya, terdapat 3 skim pembiayaan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini iaitu :

  1. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
    – SKJP adalah skim yang membantu pembeli rumah pertama daripada golongan tidak berpendapatan tetap mendapat pembiayaan perumahan.
  2. Skim Rumah Pertamaku (SRP)
    – SRP adalah skim yang membantu pembeli rumah pertama dalam kalangan M49 dan B40 untuk membeli sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
  3. Skim Rent-To-Own (RTO)
    – Skim RTO merupakan skim pemilikan perumahan berkonsepkan sewa beli dan skim ini terbuka untuk semua unit PR1MA sedia ada.
Permohonan i-Biaya

Cara Mohon Permohonan i-Biaya

Untuk memohon Permohonan i-Biaya dalam ketiga-tiga skim tersebut, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah tersebut :

  1. Permohonan SJKP
    • Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki.
    • Selepas itu, buat permohonan dan serahkan dokumen berkaitan kepada institusi kewangan terlibat.
    • Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan ke SJKP bagi jaminan perlindungan.
    • SJKP menyemak permohonan dan menyediakan jaminan perlindungan (jika memnuhi kriteria yang ditetapkan).
    • Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan SJKP.
    • Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.
  2. Permohonan SRP
    • Pemohon yang inginkan rumah idaman dan mereka perlu mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempatan dan lain-lain.
    • Semak kelayakan pembiayaan rumah di bawah SRP menerusi = https://srp.com.my/bm/eligibility-criteria
    • Sediakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan penyata.
    • Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP ke cawangan bank-bank yang terlibat.
  3. Permohonan RTO
    • Buat akaun di = https://www.prima.my/
    • Pemilihan unit OTP sedia ada akan dikeluarkan.
    • Pemohon mula membuat permohonan skim RTO bersama Maybank.
    • Wakil Maybank akan menghubungi pemohon dan memproses permohonan tersebut.
    • Maybank akan mengeluarkan keputusan permohonan skim RTO kepada pemohon.
    • Perjanjian disediakan untuk ditandatangani.
    • Pemohon akan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) antara pemohon dan PR1MA dan perjanjian Skim RTO antara pemohon dan Maybank.
    • Pemohon menerima kunci rumah daripada PR1MA.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan i-Biaya, pemohon boleh layari laman web = https://www.kpkt.gov.my/

Leave a Comment