Permohonan i-BERKAT 2022 . i-BERKAT ialah program yang menawarkan sumbangan kit kesihatan lepada mereka yang berisiko/menghidap Kencing MAnis dan Darah Tinggi serta barang keperluan bagi pesakit kronik/terlantas.
Inisiatif ini diharap dapat meringankan penderitaan pesakit-pesakit ini dan membantu meringankan beban mereka yang menghidap penyakit berkenaan.
Untuk makluman, pemohon yang berminat untuk memohon bantuan ini, pemohon boleh membuat bantuan secara atas tlian atau hadir ke pejabat YPKDT sebelum 31 Mei 2022 (Selasa).
Golongan Sasar
Golongan sasar yang akan menerima i-BERKAT adalah seperti berikut :
- Golongan B40 : Ibu tunggal / wanita berpendapatan rendah / bapa tunggal / belia / remaja / kanak-kanak.
- Orang Kurang Upaya (OKU).
- Warga emas dan penyakit kronik / terlantar.
Syarat Permohonan i-BERKAT 2022
Syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah :
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia ( B40, OKU, warga emas, pesakit kronik atau terlantar).
- Permohonan barang tertakluk pada kelayakan dan kelulusan.
Cara Mohon Permohonan i-BERKAT 2022
Bagi pemohon yang berminat dan layak boleh membuat Permohonan i-BERKAT 2022 dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Klik Pautan permohona berikut = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf-DIn2Y53pAAjgI9QPGBi5XP_FLncICGlIS5icmU7KqdoQJg/viewform?usp=send_form
- Lengkapkan semua butiran permohonan yang ditetapkan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah :
- Salinan ka pengenalan/Mykid/surat eranak.
- Salinan rawatan perubatan/pengesahan rekod kesihatan oleh pegawai perubatan (jika sakit/terlantar).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Permohonan i-BERKAT 2022, sila hubungi pihak YPKDT di talian 07-2666526.
Soalan Lazim
Bilakah hantar permohonan ?
Sebelum 31 Mei 2022, hari Selasa.
Siapakah golongan yang akan menerima bantuan i-BERKAT ini ?
1. Golongan B40 : Ibu tunggal/wanita berpendapatan rendah/bapa tunggal/belia/remaja/kanak-kanak.
2. Orang kurang upaya (OKU).
3. Warga emas dan penyakit kronik / terlantar.