Permohonan HPIPT 2022 : Hadiah Kemasukan Ke IPT (RM1,000)

Permohonan HPIPT 2022 . Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon yang layak untuk memohon adalah pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Tarikh Permohonan HPIPT 2022

Permohonan HPIPT dibuka bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022.

Bantuan RM1,000 akan diberikan secara “one-of” untuk Siswa Baharu Anak Selangor.

Permohonan HPIPT 2022

Syarat Kelayakan

Bagi syarat kelayakan permohonan HPIPT 2022 adalah :

  1. Pemohon, ibu dana bapa adalah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor, Kriteria seperti :
    i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    ii. Ibu dan bapa lahir dan menetap di Selangor.
    iii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 1 tahun dan menetap di Negeri Selangor.
    iv. Ibu dan bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tmpat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA dan IPTS di iktiraf Kerajaan bagi pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pemohon hanya untuk tahun pertama pengajian shaja.
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  8. Pendapatan isi rumah ibu,bapa dan penjaga pemohon berjumlah RM5000 dan ke bawah.
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai “Permohonanan Gagal”.
Permohonan HPIPT 2022

Cara Memohon Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila klik terus ke pautan yang di sediakan = https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan HPIPT, sila hubungi tersu ke urus setia HPIPT di talian 03-55447385 atau 03-55215523.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan HPIPT 2022 ini ?

31 Mac 2022.

Bolehkah pemohon yang menetap di Negeri lain selain Negeri Selangor ?

Tidak boleh.

Bagi pengajian tahun ke 2 atau ke 3, bolehkah membuat permohonan ?

Tidak. Permohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja.

Leave a Comment