Permohonan Geran Usahawan Perak (Gerup) 2020 Online

Perhatian kepada pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Negeri Perak, anda dipelawa untuk membuat permohonan Geran Usahawan Perak GERUP.

GERUP adalah bantuan secara one-off sebanyak RM3000 kepada penaiaga yang layak.

Permohonan Geran Usahawan Perak

Permohonan boleh dibuat secara online dengan malayari : https://gerup.smecorp.gov.my/login.php

Buat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik daftar akaun.

Selepas itu, anda bolehlah login dan mengisi borang permohonan Geran Usahawan Perak 2020.

Tarikh tutup permohonan GERUP ini adalah pada 30 Julai 2020.

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
  3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
  4. Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
  5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
  6. Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
  7. Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
  8. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Leave a Comment