Permohonan Biz Nita 2022 . Untuk makluman , Biz Nita adalah bantuan peralatan dan bantuan tunai one-off yang disalurkan khusus buat usahawan wanita di Negeri Perak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera.
Oleh itu, usahawan wanita yang berminat sangat dialu-alukan bagi memohon bantuan peralatan ini, bagi tujuan membangunkan perniagaan menerusi Biz Nita.
Tarikh Permohonan Biz Nita 2022
Tarikh bagi permohonan bantuan ini telah dibuka bermula 13 April 2022 sehingga 20 April 2022.
Permohonan ini dilakukan secara atas talian (online).
Jumlah Bantuan
Bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan ini akan diberikan sebanyak RM3,000 untuk membeli perlatan perniagaan untuk usahawan wanita.
Syarat Permohonan
Untuk syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut :
- Pemohon mestilah wanita.
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
- Pemohon menetap di Negeri Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Pemohon berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan berniaga pemimpin tempatan.
Cara Mohon Permohonan Biz Nita 2022
Bagi mereka yang berminat dengan bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan permohonan iaitu = https://forms.gle/atTaxb7cRrthht4t8
- Baca syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak urusetia.
- Lengkapkan permohnan dengan betul sehingga tamat.
- Klik butang “Sumbit” untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut meneganai Biz Nita, sila hubungi Wanita Perak di talian dan email = 05-526-9829 atau email ke programpre2022@gmail.com
Saoaln Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?
20 April 2022 .
Berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan untuk bantuan ini ?
Sebanyak RM3,000 bagi membeli peralatan perniagaan.