STR 2023 adalah bantuan tahunan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat. Sebelum ini, bantuan ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, dan BKM.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Dalam usaha ini, Kerajaan memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk bagi inisiatif-inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan telah diberi nama baru sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus diperbaiki dan ditingkatkan.
Tempoh Permohonan STR
Permohonan STR secara online boleh dilakukan pada 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Manakala untuk permohonan STR secara manual dilakukakan melalui borang kertas bermula 8 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan STR ?
Pemohon yang perlu membuat permohonan STR adalah seperti berikut :
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan kebawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Cara Membuat Permohonan STR 2023
Terdapat 2 kaedah yang boleh anda lakukakn dalam membuat permohonan STR iaitu :
- Permohonan secara atas talian ( online )
- Buka laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Muat turun applikasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Play Store atau App Store pada telefon bimbit anda.
- Permohonan secara manual ( Borang )
- Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan borang permohonan STR dengan hadir ke :
- Pejabat LHDNM
- Pejabat Satelit (PS) LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan borang permohonan STR dengan hadir ke :
Untuk kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada BKM sahaja.
Lupa Kata Laluan STR
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika anda terlupa kata laluan dan gagal untuk menjawab soalan keselamatan (sebanyak 3 kali percubaan yang diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.