Permohonan Agro Digital 2022 . Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu keluarga warga tani di Negeri Selangor yang berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) menerusi laptop dan tablet yang diberikan.
Permohonan Agro Digital ini bermula 21 Februari 2022 dan akan ditutup pada 28 Februari 2022 ( isnin) jam 12.00 malam.
Syarat Permohonan Agro Digital 2022
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Terlibat aktif dengan sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani di Selangor.
- Mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi PdPr.
- Pendapatan isi rumah RM2,000 dan kebawah setiap bulan.
Jumlah Laptop Dan Tablet
Jumlah laptop dan tablet yang akan diberikan menerusi program ini adalah sebanyak :
- Laptop : 100 buah
- Tablet : 50 buah
Cara Memohon Permohonan Agro Digital 2022
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan , sila ikuti langkah-langkah berikut :
- Sila layari laman web rasmi di pautan = https://forms.gle/XA58S6GFMzmijovS7
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu bukti bergambar sedang menjalankan aktiviti pertanian, perikanan, penternakan, industri asa tani.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai program Agro Digital, anda boleh terus email = infratani@gmail.com atau pegawaikhasexco15@gmail.com
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ?
28 Februari 2022 (Isnin) jam 12.00 malam.
Berapakah jumlah laptop dan tablet yang akan diberikan menerusi program ini ?
Laptop sebanyak 100 buah.
Tablet sebanyak 50 buah.