Permohonan Tuntutan PERKESO Skim Bencana Kerja 2022 (COVID19)

PERKESO Skim Bencana Kerja 2022 . Berita baik kepada pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang disahkan positif Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

PERKESO juga menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

Faedah PERKESO Skim Bencana Kerja 2022 COVID19

Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti Covid-19 akibita dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Faedah Orang tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan


Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti Covid-19 berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut :

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elauan Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Jumlah Bayaran Faedah Diterima : PERKESO Skim Bencana Kerja 2022

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.

Bagi kadar minimum bayaran faedah pula adalah sebanyak RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

PERKESO Skim Bencana Kerja 2022

Cara Claim PERKESO Skim Bencana Kerja 2022 : Covid-19

Tuntutan faedah PERKESO Covid-19 boleh dibuat sama ada secara online ataupun secara manual.

1.) Cara Claim Secara Online

Majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah = https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html%20 atau juga boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran.

2.) Cara Claim Secara Manual

Tuntutan bagi bencana pekerjaan secara manual boleh dibuat dengan mengemukakan borang-borang berikut :

  1. Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  2. Salinan Kad Pengenalan pekerja (depan dan belakang)
  3. Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)
  4. Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan).
  5. Laporan Polis (sekiranya melibatkan kemalangan jalanraya)
  6. Salinan muka hadapan buku akaun bank / penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM / Salinan Aplikasi MySejahtera

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara tuntutan PERKESO Covid-19, sila rujuk pautan rasmi berikut di laman web = https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html

Soalan Lazim

Berapakah kadar minimum bayaran faedah ?

Kadar minimum bayaran faedah adalah sebanyak RM30.00 sehari.

Siapakah yang layak untuk memohon permohonan ini ?

Pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang disahkah mendapat jangkita Covid-19.

Leave a Comment