Pengeluaran Khas KWSP 2022. Untuk makluman, Portal Pengeluaran Khas KWSP kini sudah boleh diakses bermula pada 1 April 2022.
Contents
hide
Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran Khas KWSP, pemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan yang disediakan.
Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022 & Semakan Amaun Kelayakan
- Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP = https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Klik Mohon Sekarang & Permohonan.
- Masukkan No MyKad & No. Hp yang didaftarkan di KWSP.
- Klik Teruskan.
- Masukkan No OTP yang dihantarkan ke Telefon anda.
- Amaun Kelayakan anda akan tertera, klik mohon amaun tersebut.
- Klik Teruskan.
- Sahkan maklumat Pemohon dan Akaun Bank anda. ( Ada 2 soalan – Anda boleh menjawab apa saja pada soalan yang diajukan)
- Pastikan anda menyemak sekali lagi amaun yang ingin dipohon.
- Klik Hantar dan cetak Permohonan anda dan simpan.
Status Keputusan Semakan Pengeluaran KWSP
Anda boleh membuat semakan status keputusan pengeluaran khas KWSP pada tarikh 9 April 2022 di link tersebut = https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Nota Penting Mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2022
- Sila buat semakan sebelum menghantar permohonan kerana Tiada Pendaan Amaun Dibenarkan lagi selepas permohonan dihantar.
- Semakan status kelulusan permohonan Pengeluaran Khas KWSP mulai 9 April2022.
- Kaedah pembayaran adalah secara sekali bayar mulai 20 April 2022.
- Permohonan ditutup pada 30 April 2022.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2022 ini, anda boleh terus membuat pertanyaan melalui talian 03-8922 6000 (Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP) atau anda juga boleh terus ke pejabat KWSP yang berdekatan.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh boleh membuat semakan kelulusan ?
Mulai 9 April 2022.
Bilakah tarikh pembayaran mula dibayar sekiranya permohonan diluluskan ?
20 April 2022.