Pemberian BLKM 2022 . Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM ini dikhususkan kepada mereka memerlukan seperti golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu Kelas B2.
Dengan pemilikan lesen kelas B2 ini, golongan B40 dapat memanfaatkan bantuan berkenaa untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selain mengukuhkan lagi pasaran tenaga kerja negara.
Bayaran Lesen Untuk Pemberian BLKM
Menerusi bantuan lesen ini, penerima yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghandiri kursus singkat.
Bayaran ini jauh lebih rendah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.
Syarat Kelayakan
Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Tiada kecacatan fizikal.
- Tidak disenaraikan hitam JPJ atau Polis.
- Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.
Cara Permohonan Pemberian BLKM 2022
Setakat ini, pihak JPJ masih belum mengeluarkan kenyatan mengenai cara bagi orang ramai memohon bantuan lesen ini.
Sebarang perkembangan lanjut mengenai permohonan Pemberian BLKM 2022 atau bantuan lesen ini akan dikemaskini dari semasasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang info lebih lanjut mengenai BLKM , sila layari laman Facebook = https://web.facebook.com/motmalaysia?_rdc=1&_rdr
Soalan Lazim
Bolehkah memohon BLKM sekiranya sudah mempunyai lesen memandu lain ?
Tidak. Di syaratkan bagi mereka yang belum mempunyai lesen memandu.
Berapakah had umur untuk memohon bantuan lesen ini
Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas.