Assalamualaikum.namaku El.Kisah ini berlaku pada umurku 22 tahun dan aku bekerja dengan Kuala Lumpur Airport Services di bahagian Ground Handling.Antara penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat ini adalah seperti Emirates,Saudi Arabia,Gulf Air ,Lion Air Dan lain2 lagi.
Malam itu saya dan seorang supervisor berdua mengendalikan perlepasan di Pintu Cxx (Saya rahsia no gates).Pesawat Emirates pernerbangan EK347 KL Dubai.Renyai diluar mengiringi penerbangan pada malam ini.Maklum hujung tahun.Klia menyimpan seribu kisah.
Asal tapaknya penempatan orang asli.Belum lagi kisah warga asing yg terkorban Masa pembinaan lapangan terbang ini.
EK347 bakal terbang pukul 2pagi.Siap semuanya pukul 3 pagi.Dipendekkan,setelah semua penumpang2 masuk dan kapal terbang pun ditolak ke runaway untuk taxing.Saya pun bergegas memeriksa balai berlepas.takut ada barang penumpang yg ketinggalan.setelah selesai.saya pun berlalu ke pintu utama.
Sebelum Saya menarik pintu balai berlepas Saya harus men”swipe”airport pass.alat keselamatan di entrance pintu untuk membuka pintu.”tak2(bunyi unlock)satu2 pintu berbunyi .
Waktu ni tak berapa nak seram lagi. Bila kita nak lock kita kena swipe airport pass lagi sekali untuk unlock semua pintu.ouh ya semua pintu di balai berlepas ada 4,jadi Kita akan mendengar 4 Kali bunyi “ktak”menandakan Pintu sudah locked.saya menoleh ke balai berlepas yg sudah redup lampunya.kelihatan Ada seorang mak cik cleaner India didalam balai berlepas tadi.aneh.bila Masa makcik Ni masuk.
Saya membungkam dan mengemas peralatan tugas Saya untuk balik ke office..jelas wajah makcik India tu muram dalam redup lampu malam.pernah terserempak dengan dia bnyak Kali..Saya sudah penat dan malas nak bermonolog.
Supervisor saya dah lama balik ke office kerana sakit perut katanya.saya pun melangkah pergi.Ketika Saya hendak menunggu aerotrain ke bangunan utama KLIA MTB(Saya di bangunan satellite kerana sattelite untuk perlepasan antarabangsa)Saya terserempak dengan mak cik India yg ada di balai berlepas tempat Saya bertugas tadi.
Pelik.cepatnya dia buat keja.bila Masa dia berada kat dua tempat satu masa.untuk pengetahuan anda semua.jika seseorang memasuki balai berlepas kena swipe airport pass even cleaner pun Ada airport pass.”kalau dia dah keluar.kenapa aku x dengar bunyi “ktak”.Saya menegur.”Auntie.tadi Ada Sana gate C3.?* ..? “Dia menjawab “Saya baru Mari juga..”Belum Sana sampai juga” ouh okay…getus Hari kecilku siapa Pula dalam balai berlepas tadi.
Kalau setakat cleaner Kat airport Ni muka memang hari2 selalu tngok.ah malas nak ambik port…penat.”Saya pun menaiki aero train untuk Kembali ke bangunan utama KLIA.
Kisan seramku belum berakhir disitu.ketika renyai malam belum reda.mataku melilau diluar jendela train.di sayup kejauhan ada bongkahan kargo yang akan di loading ke dalam perut kargo pesawat sebentar lagi.ia dibungkus kemas.hanya menunggu untuk dimasuk dalam perut pesawat.di kejauhan itu.seperti Ada peti m**i..”mungkin jenazah warga asing yg meninggal di Malaysia yg akan dihantar pulang KE negara asalnya.
Tiba2 di atas peti m**i itu seperti ada satu susuk seakan meratapi peti m**i itu..jelas.dan tubuh itu seakan tubuh wanita..lengkap berbalut putih..aku mengalih pandangan ke dalam tren.enggan memandang lama.kelak pikiran meracau memikir hal bukan2.di sudut hujung tren mataku bermain ilusi lagi.
Apa yg ku pandang di atas peti m**i tadi berdiri di hujung sana.membelakangi aku.(kalian pernah naik tren putra lrt tanpa pemandu)begitulah tren itu.tubuh itu seperti mengapung.aku enggan memandang lama.aku cuma mampu membaca ayat suci yg terlintas dibenak fikiran.ah dalam tren ini aku sendiri.masa masuk juga tadi juga sendiri.siapa saja yg hendak ke bangunan utama kalau bukan staff airport atau penumpang penerbangan pagi.jam di tangan menunjukkan angka 330pagi..ah cepatlah tren Ni sampai ke bangunan utama klia.
Aku enggan menoleh ke hujung tren terlalu lama.terasa 10 minit begitu panjang Tanpa Ada sesiapa dia dalam tren Dua gerabak itu..akhirnya tren tuba dibangunan Utama Klia.aku melangkah sepantas mungkin.lega melihat Ada kelibat polis bantuan airport dikejauhan 50meter anggaran di depan.untuk pengetahuan anda.
KLIA memang lengang pada hari bukan Hari minggu (jumaat sabtu Dan ahad)tatkala itu aku sudah berani menoleh KE belakang lagi.wajah itu menyeringai memandang ku di kejauhan.Tunuhnya mengapung.Allah.mukanya sukar kubayangkan.ku melarikan diri dan dua org polis bantuan itu menegurku “awat muka baru macam nampak hantu cheq oii”diam lah cabul getus ku..tiba di office aku termenung dan memikirkan apakah yang aku lalui tadi.lamunan ku terhenti.supervisor ku menepuk bahuku lembut.”El standby ada special kes pagi ni.loading HR(HUMAN REMAIN) FLIGHT BG “*;:’untuk dihantar ke “#@:!” di gate C #@&”. Ouh “tetiba aku terulang ingat KE loading Bay di gate yg dinyatakan oleh supervisor ku tadi..hurm..aku cuma mengangguk.siapakah wanita yg meratapi peti m**i itu?dan diakah yang menyeringai memandangku tadi? Apakah peti m**i dia yg akan ku handle sebentar lagi.(untuk pengetahuan anda peti m**i itu bukan seperti keranda.Ia cuma peti berbentuk segiempat panjang.dan siapakah bayangan cleaner di gate tadi.
Semua berlaku serentak satu malam.semestinya KLIA menyimpan seribu rahsia….banyak lagi yg ingin ku ceritakan sepanjang 3 tahun aku berkhidmat di KLIA.KLIA dahulu tak seperti sekarang. Sekarang ada Mitsui Dan KLIA 2.Dulu sepi dan menyimpan seribu satu kisah seram.Dari hotel pan Pacific (sekarang Sama2 hotel).Basement parking dan kisah seram hantu pramugari di basement parking.Terima kasih kerana sudi membaca. Jika ada masa aku akan menulis lagi.