Panduan Ujian DASS

Adakah anda pernah merasakan tekanan dan kemurungan? Dalam menghadapi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak di antara kita yang mengalami stres yang berlebihan sehingga menyebabkan kemurungan. Anda mungkin juga termasuk di antara mereka yang mengalami situasi ini.

Untuk makluman anda, terdapat satu ujian yang boleh digunakan untuk mengukur tahap stres dan kemurungan ini, iaitu Ujian DASS. Jadi, anda berpeluang untuk mengukur dan menilai tahap stres serta kemurungan anda melalui ujian tersebut. Ujian DASS ini juga disediakan oleh Kementerian Public Health Malaysia.

Apa Itu Ujian DASS ?

Ujian DASS atau Depression Anxiety Stress Scale adalah satu ujian bertulis yang digunakan untuk mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan, dan stres seseorang. Ia membantu kita untuk mengukur sejauh mana seseorang mengalami kemurungan, rasa cemas, dan tekanan emosi.

Perlu diingat bahawa DASS bukanlah satu bentuk diagnosis, tetapi ia boleh digunakan untuk merujuk masalah yang dihadapi oleh individu kepada klinik kesihatan atau pakar yang bekelayakan. Ia merupakan alat yang berguna dalam memberikan gambaran mengenai tahap kemurungan, kerisauan, dan stres yang dialami oleh individu.

Cara Mengambil Ujian DASS

Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.

  1. Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu Tidak PernahJarangKerap dan Sangat Kerap.
  4. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.
  5. Tiada jawapan betul atau salah.

Ujian DASS Secara Online

Sekiranya anda ingin memeriksa status tahap kesihatan mental anda, anda boleh menggunakan pautan di bawah ini untuk menjawab soalan secara dalam talian. Pautan ini akan membantu anda menjalani ujian dan mendapatkan maklumat mengenai tahap kemurungan, kebimbangan, dan tekanan yang anda alami.

  1. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKpf75KSiGPaKFwWu8_212SKA0T48XOorXcz5KSWb9La-61A/viewform – Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  2. https://jpan.sabah.gov.my/ – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  3. https://jknlabuan.moh.gov.my/ –  Unit Psikiatri Hospital Labuan

Berikut adalah contoh soalan DASS

Ujian DASS
Ujian DASS

Ujian DASS Secara Manual

Selain menjawab ujian DASS secara online, anda juga boleh menjawab ujian DASS secara manual, ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  • Sila muat turun borang Ujian DASS di sini
  • Cetak borang tersebut
  • Baca arahan soalan
  • Seterusnya, jawab soalan yang disediakan
  • Selepas jawab kira markah skor
  • Semak skor saringan
Ujian DASS
Ujian DASS

Leave a Comment