Panduan Lengkap Cara Menjadi Affiliate Shopee

Pada masa kini, banyak orang kini memanfaatkan peluang bisnis online untuk mendapatkan pendapatan. Salah satu peluang yang menarik perhatian adalah program affiliate shopee.

Seperti yang kita tahu, shopee menjadi e-dagang terbesar yang sudah menjadi kegemaran ramai. Dimana shopee menyediakan pelbagai perkhidmatan di beberapa negara. Selain kemudahan membeli produk secara dalam talian, Shopee sekarang juga menawarkan program istimewa bagi anda yang ingin menjalankan perniagaan iaitu Program Affiliate Shopee.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan lebih terperinci mengenai Program Affiliate Shopee.

Apa Itu Shopee Affiliate Program ?

Program Affiliate Shopee merupakan program di mana anda hanya perlu berkongsi atau membagikan pautan Shopee di pelbagai platform yang biasa anda gunakan seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, dan lain-lain.

Para Affiliate akan menerima pautan khusus untuk setiap produk yang ingin dipromosikan. Pautan tersebut dapat dimasukkan ke dalam konten promosi. Kemudian, anda akan menerima komisen daripada setiap pembelian produk melalui pautan tersebut.

Syarat Shopee Affiliate

Untuk menyertai Program Afiliasi Shopee, syaratnya adalah:

  • Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2000 orang pengikut di YouTube, Instagram, Twitter, atau Facebook.
  • Akaun anda terbuka untuk umum (tidak di privasi)

Selain itu, penting untuk diingat bahawa akaun yang digunakan haruslah akaun peribadi dan bukan merupakan akaun toko atau penjual.

Cara Daftar Shopee Affiliate

Berikut adalah panduan lengkap untuk daftar Shopee Affiliate.

  1. Layari laman web rasmi Shopee Affiliate di https://affiliate.shopee.com.my/
  2. Klik Enter Now
  3. Log masuk ke akaun Shopee anda
  4. Masukkan No Telefon, Email atau Nama Pengguna
  5. Masukkan Kata Laluan anda
  6. Kemudian, tekan Log Masuk
  7. Anda akan dibawa masuk ke Affiliate Program
  8. Seterusnya, anda akan diminta untuk memberikan informasi pribadi dan detail akaun media sosial anda
  9. Selesai mendaftar, anda akan mendapat pemberitahuan melalui email dan anda dapat menggunakan link Affiliate untuk mempromosikan produk shopee.

Kelebihan Shopee Affiliate

Terdapat beberapa kelebihan daripada Shopee Affiliate ini. Antaranya adalah:

  • Tidak perlu ada produk
  • Tidak perlu simpan stok
  • Pendaftaran percuma
  • Daftar secara online
  • Hanya Copy dan Paste Link sahaja
  • Komisyen UNLIMITED

Leave a Comment