OKU Tidak Perlu Untuk Exam SPA8i

Jika sebelum ini, para golongan orang kurang upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjawab peperiksaan SPA untuk memasuki perkhidmatan awam, kini terdapat pembaharuan telah dijalankan.

Hasil kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakt (JKM) dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membuat pengecualian bagi golongan OKU.

Ini bermakna, golongan OKU tidak perlu menduduki peperiksaan online sebelum berjaya untuk ke temuduga.

Hal ini bertepatan dengan sasaran SPA untuk memberi 1% daripada peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

Baca juga: Permohonan BPR Online 2021.

Jika anda golongan OKU dan berhasrat untuk menjadi salah seorang daripada penjawat awam bolehlah mengisi borang permohonan dengan login SPA8i.

Semoga dengan usaha murni SPA ini, tidak akan menjadikan para OKU rasa tersisih di Malaysia.

Leave a Comment