Perhatian kepada bakal calon peperiksaan SPM 2023/2024, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini sejajar dengan langkah KPM untuk mengembalikan sesi permulaan persekolahan kepada asal, iaitu pada Januari secara beransur-ansur. Peperiksaan ini akan berakhir pada 7 Mac 2024.
Peperiksaan akan dimulakan dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, dan diikuti dengan Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan. Untuk peperiksaan bertulis, ia akan berlangsung dari 30 Januari hingga kertas terakhir pada 7 Mac.
Tarikh Peperiksaan SPM 2023/2024
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2023 yang akan dilaksanakan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.
Jadual Peperiksaan
Untuk makluman semua, terutamanya calon-calon yang akan menduduki peperiksaan ini. Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan SPM 2023/2024:
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh muat turun DI SINI
ARAHAN AM
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang
didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis
atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali
Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran
berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas
peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat
perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen
sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas
Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua
Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022. - Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran
Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada
pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang
Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran
hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia
menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos. - Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan
kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua
Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari
pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir
Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah
menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum
membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya. - Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang
dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani
Borang Pengakuan Calon