Login LHDN 2022 Online . e-Daftar adalah aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan bagi individu syarikat, majikan, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) melalui internet.
Berikut dikongsikan lebih lanjut lagi mengenai cara untuk membuat semakan no cukai (tax no) serta cara pendaftaran kali pertama bagi yang ingin mendaftar dengan LHDN.
Pendaftaran Cukai / Login LHDN 2022 Online
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDN yang dapaat memudahkan segala urusan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.
Dokumen Pendaftaran (e-Daftar)
Dokumen yang diperlukan bersama dengan borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai adalah :
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (slip haji terkini).
- Satu salinan kad pengenalan / kad pengenalan polis, tentera atau passport antarabangsa.
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Untuk makluman, borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang erdekatan, atau anda juga boleh mendaftar secara online de e-daftar.
e-Daftar adalah aplikasi permohonan fail cukai pendapatan untuk membayar cukai baharu mendapatkan nombor cukai pendapatan.
Sila rujuk panduan mengisi borang Pendaftaran Pembayar Cukai individu secara dalam talian dalam link ini = https://edaftar.hasil.gov.my/individu/PanduanV2.1.pdf
Nombor cukai pendapatan akan diperolehi dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian (online).
Nombor permohonan akan diberikan untuk menyemak status permohonan anda.
Login LHDN 2022 Online / Semakan Nombor Cukai e-Daftar
Stelah menadaftar, anda boleh terus membuat semakan melalui sistem e-Daftrar untuk :
- Menyemak Status Permohonan.
- Muat Naik Dokumen Pengenalan.
- Mencetak Maklumat Pendaftaran.
Cara-cara berikut, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan :
- Klik pautan untuk ke e-Daftar = https://edaftar.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor cukai pendapatan ( jika lupa, boleh buat semakan disini = https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
- Untyuk login ezhasil, sila klik link ini = https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx
Terlupa Kata Laluan Login LHDN 2022 Online
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh mendapatkan semula dengan mengikuti 3 langkah berikut :
- Sila ke laman web ezhasil dan klik Terlupa Kata Laluan.
- Jika anda mempunyai no telefon bimbit yang telah berdaftar dengan LHDNM , sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS.
- Hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan.
Login LHDN 2022 Online Untuk E-filing
Bagi membuat semakan E-filing pula, sila login LHDN melalui pautan berikut = https://ez.hasil.gov.my/CI/
Bagi pengguna yang pertama kali login LHDN, sila rujuk panduan berikut untuk E-filing : https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi LHDN melalui saluran berikut :
- Portal rasmi = https://www.hasil.gov.my/
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Soalan Lazim
Bilakah nombor Cukai Pendapatan akan diperolehi ?
Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian.
Bagaimanakah cara login LHDN sekiranya terlupa kata laluan ?
Sekiranya terlupa kata laluan, dapatkan semula dengan cara :
1. Sila ke laman web ezHasil ( Seperti yang dikongsikan dalam artikel).
2. Dapatkan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS. ( Sekiranya anda telah daftarkan No.Hp di LHDNM.
3. Hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan.