Jika anda mempunyai masalah hutang atau pinjaman dengan bank, di sini akan dikongsikan satu cara untuk mengurus hutang atau pinjaman anda melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 17 April 2006 untuk membantu individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalahan kewangan yang mereka hadapi.
Agensi ini menawarkan tiga pekhidmatan utama untuk seluruh rakyat Malaysia dalam membantu individu untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Antaranya ialah:
- Pendidikan kewangan
- Khidmat nasihat kewangan
- Pengurusan kredit
Cara Login AKPK
Anda perlu mendaftar untuk mempunyai akaun di AKPK terlebih dahulu untuk dapat log masuk ke AKPK.
Berikut adalah cara untuk login AKPK yang boleh anda ikuti.
- Sila layari laman web rasmi AKPK di https://www.akpk.org.my/home/gateway
- Klik pada “Click Here to Login”
- Seterusnya, pada ruangan User ID, sila masukkan Login ID Anda
- Masukkan kata laluan anda
- Sekiranya anda merupakan pengguna baru, klik pada tulisan “Pengguna Baru? Daftar di sini.“
- Setelah itu, tekan butang Login AKPK.
- Selesai
Cara Semak Baki
Jika anda ingin mengetahui berapa jumlah baki yang perlu dibayar, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut.
- Log masuk ke akaun anda
- Klik pada Finance
- Tekan pada “Statement of Account Report”
- Setelah itu, Anda boleh menetapkan tempoh tahun yang ingin anda semak di bahagian Data Range.
- Klik pada “View”
- Seterusnya, baki penyata AKPK akan terpapar dan anda boleh memuat turun penyatan ini dengan mengklik pada ikon Disket.
Cara Bayar Online Melalui Website AKPK
Berikut adalah cara bayar online daripada akaun AKPK anda.
- Log masuk ke akaun anda
- Klik pada “DMP Service”
- Klik pada “Facility Statement”
- Seterusnya, Anda boleh melengkapkan pembayaran secara online menggunakan FPX dan pilihan bank yang tersedia
- Simpan resit bayaran anda sebagai bukti untuk dijadikan rujukan sekiranya terdapat masalah di kemudian hari
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan memudahkan urusan anda.